Pencipta masa hadapan

“Sains telah mengajar saya cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan.” – SI, 16

edited
Tahun lepas,  tiga orang pelajar Tingkatan 4 – di bawah bimbingan dua orang guru, termasuk Cikgu Ng Li Yen, Alumna Teach For Malaysia tahun 2015  – telah mewakili sekolah mereka di peringkat daerah Pertandingan Inovasi 2016. Rekacipta mereka yang menyejukkan individu dalam cuaca panas berjaya memenangi tempat ketiga! Berikut adalah perkongsian pencipta-pencipta muda tersebut tentang pengalaman mereka.

Berjinak-jinak dengan Sains

MH: Sejak kecil lagi, saya suka membaiki barang. Saya juga pernah mengubahsuai basikal saya sendiri. Saya meminati bidang Sains sejak berumur 11 tahun. Guru yang mengajar itu amat tegas, dan saya memahami dan mula minat untuk belajar lebih tentang Sains. Tahun ini saya telah masuk kelas jurusan Sains.

SI: Saya amat meminati bidang Sains kerana Sains telah mengajar saya cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Saya mula meminati bidang Sains ini ketika saya berada di kelas Darjah 6 disebabkan oleh cara pengajaran guru yang menarik dan mudah difahami. Sehingga sekaranglah saya amat meminati bidang Sains ini.

NF: Saya mula meminati Sains sejak memasuki Tingkatan 4. Semenjak saya memasuki kelas Biologi, saya dapat mempelajari tentang kehidupan dan bagaimana sesuatu organisma itu dapat hidup. Ini membuatkan saya teruja untuk belajar Sains. Sebelum menyertai pertandingan ini, saya pernah mengambil bahagian dalam pertandingan mereka jambatan dengan menggunakan pencungkil gigi, dan kumpulan saya berjaya mendapat tempat kedua.

Idea panas

MH, NF, dan SI: Dalam pertandingan rekacipta ini, kumpulan kami telah berjaya mencipta sebuah penyejuk mudah alih yang mampu menyejukkan seseorang individu. Udara di dalam kotak polisterin disejukkan menggunakan ais dan ditiupkan ke arah individu menggunakan kipas kecil mudah alih. Idea ini diinspirasikan oleh ketua pasukan kami, iaitu SI. SI dan MH membantu mereka bentukkan penyejuk mudah alih ini, manakala NF membantu dalam bahagian penambah baikkan penyejuk itu.

MH: Persediaan yang saya lakukan untuk memasuki pertandingan ini ialah mencuba membuat litar yang sesuai digunakan untuk projek ini. Beberapa eksperimen telah kami jalankan untuk memastikan projek kami berfungsi dengan baik.

SI: Saya telah menghabiskan cuti raya saya untuk menyiapkan projek ini. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya memasuki pertandingan inovasi dan saya berazam untuk memperoleh pencapaian yang terbaik.

IMG_1697Rekacipta mereka – sebuah penyejuk mudah alih!

Pertandingan

NF: Sehari sebelum pertandingan, saya telah merasa gementar kerana saya berasa tidak yakin dengan ciptaan yang telah kami lakukan. Selain itu, ini juga kali pertama saya mengambil bahagian dalam pertandingan seperti ini. Walau apapun, saya berazam untuk melakukan yang terbaik untuk melakukan pembentangan projek ini.

MH, NF, and SI: Pada hari pertandingan tersebut, kita telah membentangkan projek serta membuat demonstrasi kepada 3 orang juri. Hasil kerja kami telah memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan ini!

Pengajaran

NF: Melalui pertandingan ini, saya pelajari banyak perkara seperti semangat sepasukan, tidak mudah putus asa, dan keberanian. Melaui pertandingan ini juga, saya rasa ia telah memotivasikan saya agar tidak mudah kalah dan teruskan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

MH: Selepas mengambil bahagian dalam pertandingan ini saya telah mempelajari tentang diri saya bahawa untuk memasuki sesuatu pertandingan bukanlah mudah kerana dalam proses inovasi ciptaan itu mungkin tidak menjadi walaupun banyak masa dikorbankan dan kerjasama amat penting kerana banyak tugas untuk dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek demi mencapai kejayaan.

Masa hadapan

NF: Walaupun mendapat tempat ketiga, saya telah berazam untuk memasuki pertandingan ini pada tahun hadapan dengan ciptaan yang lebih baik dan berusaha untuk mendapat kedudukan yang lebih baik berbanding tahun ini.

SI: Untuk pertandingan inovasi pada tahun hadapan, saya ingin mencipta seterika berbentuk sarung tangan yang akan memudahkan kerja untuk menghilangkan kedutan pada pakaian. Saya berharap ciptaan saya ini mampu membawa saya bersaing di peringkat antarabangsa!

MH: Saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera. Saya ingin belajar ke luar negara dan ingin membantu ibu bapa saya.

MH, NF, dan SI kini adalah pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah di Kerian, Perak. Ng Li Yen, Alumna Teach For Malaysia tahun 2015 merupakan salah seorang guru yang membimbing mereka.  Li Yen adalah seorang graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Carnegie Mellon, Amerika Syarikat.

#EmpoweredTo take on the challenge:
Apply for the Teach For Malaysia Fellowship
or donate RM50 monthly to support our mission.

Related stories:

Young Innovate 2016: Meet our Makers

7 student makers beat the odds & are heading to Silicon Valley!

How much should you push a student?

Facebook Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *